Saga FLX


Proton Saga FLX dengan CVT dan ABS
Proton Saga FLX adalah upgrade model dari Saga FL yg terdahulu. Tapi kali ini tampil dengan sentuhan teknologi baru dan terkini iaitu CVT (Continuosly Variable Transmission) Gear Transuntuk memberi pemanduan yang lebih lancar dan cekap serta menjimatkan. Kadar penjimatan minyak dianggarkan sebanyak 4% untuk pemanduan biasa (bandar) dan 10% untuk pemanduan di lebuhraya. Perbezaannya ialah tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi 100km lebih cekap dengan manual 5 kelajuaan berbanding dengan 6.0 liter Saga FL sebelumnya dan 6 liter penggunaan kotak gear 6.3 liter Saga FL. (dgn Auto 4AT) . Gear transition "stepless" memberbaiki pemanduan dan responsif kereta, peralihan gear yang lancar membantu kereta melaksanakan dengan lebih cekap dan menjimatkan bahan api.



Jimat minyak
Saga Flx dilengkapi enjin 1.3 litre CamPro IAFM 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum yg dipertingkatkan berbanding Saga FL yang terdahulu. Tahap penjimatan minyak pula dianggarkan sebanyak 4 % untuk pemanduan biasa (di bandar2) dan 10 % untuk pemanduan di lebuh raya. Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive. Perbezaan Saga FL dgn FLX ialah tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi 100km lebih cekap dgn manual 5 kelajuan berbanding 6.0 liter Saga FL sebelumnya, dan 6 liter penggunaan kotak gear CVT 6 kelajuan automatik lebih cekap berbanding 6.3 liter Saga FL (dgn auto 4AT.)
Pendek kata, Saga FLX memberikan anda pemanduan yang licin. Gear tansition  “stepless” memperbaiki pemanduan dan responsif kereta, peralihan yang lancar kereta antara gear membantu kereta melaksanakan dengan lebih cekap, menjimatkan bahan api.

ABS, CVT dan EBD
Untuk Saga Flx Executive, ia dilengkapi ABS, CVT dan EDB dan jugak beg udara keselamatan berkembar bagi penumpang di hadapan dan pemandu. Tapi bagi Saga FLX STANDARD ketiga tiga ciri keselamtan tu tidak dilengkapi, harap maklum. Secara amnya ciri ciri standard Saga FLX tidak jauh beza dengan Saga FL terdahulu.
Interior: warna trim lebih gelap berbanding yang lama dan sedikit perubahan pada meter console.

Warna Saga Flx
Saga Flx boleh didapati dengan warna Elegant Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain ialah  Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock.


Harga Saga Flx 1.3 masih berpatutan dan kekal rendah walaupun diperkenalkan dgn CVT, anda hanya tambah RM600 dan 1,700. Harga bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Bagi versi  manual Standard ianya berharga RM38,598.00, manakala versi  manual Executive berharga RM42,398.00.